kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Thursday, 29 November 2012

Love in Seoul Ep 3

Nara mengeliat . Tubuhnya sakit-sakit , tetapi dia cuba sedayanya untuk bertahan . Mata pelajar sekolah tinggi bukannya mudah . Perlu kerja keras untuk berjaya . Mata pelajar pilihannya , apa lagi kalau bukan Bahasa Inggeris .

"Nara ssi !! kau kena kuat . Hwaiting !!" jerit Nara . "Eonnie !!" ujar Ah yeon tiba-tiba . Terkejut beruk dia dibuatnya . 'Kurang asam punya adik , nasib tak arwah aku malam ni -..-' . "Yah ~ ... nak eonnie mati cepat ke ? Adik nak apa , tetiba aje ada kat sini . Kacau orang study aje ." bebel Nara . "Mianhnae !! Eonnie , boleh tolong tak" ujar Ah yeon dengan muka comelnya ^_^ !! . Comellah sangat -,,-

"Baiklah , eonnie tolong kamu . Tapi lepas ni kamu janji tak kacau eonnie lagi" ujar Nara . Ah Yeon mengangguk . "Tolong saya tulis surat cinta :D . Hehe .. saya malulah nak cakap tapi saya kena cakap jugak . Saya sukakan sorang budak lelaki dalam kelas saya . Jadi semua rakan-rakan saya yang minat pada dia dan mereka dah pun tulis surat pada budak lelaki tu . Saya tak naklah ketinggalan jugak . Bolehlah eonnie tolong saya !! rayu Ah Yeong .

O_0 !! << (reaksi Nara) Omo !! takkan kakak borek adik rintik kot x_x . Nara memang tak percaya dengan apa yang didengarnya . Dengan hati yang membara , dia lantas bertindak mengonyak kertas a4 yang dihulurkan adiknya . Arghhh !! !@##$$%&*_+(&%#@ . Memang menakutkan wajahnya waktu itu . Dah macam pembunuh bersiri je .

"Omo !! Ah Yeon ssi . Kecil-kecil kamu dah gatal . Eonnie ingatkan kamu belajar bersungguh-sungguh untuk masuk ke sekolah menengah rendah yang baik . Kamu ingat cinta tu kekal ke . Itu cinta monyet !! kamu nak jadi monyek ke?" kata Nara sambil menduku kepala adiknya .

"Kamu tahu tak? budak lelaki tu akan ketawakan kamu . Eonnie , comfirm dia akan malukan kamu pada semua orang . Masa tu , hidup kamu memang dah tak ada makna . Kamu akan berfikir baik saya menyorok dalam gua aje . Sebab !! semua orang akan pinggirkan kamu jugak . Eonnie cakap ni ,sebab tak mahu kamu menyesal . Kata pepatah , menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian baru padan  dengan muka kamu tu ." bebelnya lagi .

"YAH !!!! Eonnie .. kalau tak nak tolong sudahlah . Jangan nak membebel macam mak nenek pulak -..-. " marah Ah Yeon . Nara terdiam . Dia menarik nafasnya . "Ah ~ boleh gila aku macam ni ."






Mesej di antara Nara , Hara dan Kot-nim 

Nara : Please ... datang rumah saya sekarang.. ada hal penting :(
Hara dan Kot-nim : Ok ...

Tanpa bertanya banyak soalan mereka berdua datang ke rumah rakannya walaupun hari sudah lewat malam . Nara menjemput rakannya ke bilik sebaik sahaja mereka sampai .

"Mianhnae , sebab suruh awak berdua datang ke rumah saya malam-malam macam ni ."ujar Nara sungul . "Aishhh , benda kecil aje . No problem la ." kata Hara . "Uwaaaaa..... " tangis Nara . Mereka berdua kelihatan panik . "Waeyo ? Nara ssi . Gwenchana?"kata Kot-nim

Nara memeluk Kot-nim . "Kenapa semua ni berlaku pada saya? ...Kenapa dia muncul balik dalam hidup saya?" katanya dalam esakan . "Nara , just beritahu kami apa masalah awak?" pujuk Hara .




Nara , 12 tahun , Sekolah rendah Seoul

'Dia dah ada di hadapan aku . Cuma beberapa langkah aje lagi untuk aku beri surat ni . Jarak kami tak jauh . Raut wajah redup si dia dapatku lihat dengan jelas . Betul ke dengan keputusan aku? Aku harap kali ini aku betul' ujar Nara dalam hati sambil memengang suratnya .

Surat Nara

Anyeonghaeseyo Gongchan ssi . Saya Kim Nara , kita satu kelas . Awak ingat saya tak? . Sebenarnya , saya sukakan awak , sangat-sangat sukakan awak  


Nara berjalan di koridor sambil memeluk bukunya .

 "Eh , minah tulah yang luah perasaan pada Gongchan tu . Tak sedar diri betul , kan"
"Ye lah , memang dialah , pelajar kelas 6 Busan tu , kan ."
"Ada hati betul nak rampas tunang Sora . Dahlah miskin pulak tu . Memang perempuan tak guna"

Dia sedar , pelajar-pelajar di sekelilingnya sedang sibuk memerhatikannya . Dia tahu kata pelajar-pelajar perempuan sebentar tadi memang khas dituju kepadanya . Nara melihat ramai pelajar berkerumun di hadapan papan kenyataan . Dia juga turut menyertai mereka . Semua pelajar berbisik diantara satu sama lain apabila melihat Nara di situ .

Dia terbungkam . Matanya tidak berkelip . Tangisnya mula terhambur . Dia seakan tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang . Surat yang diberkannya kepada Gongchan tertampal di papan kenyataan itu . Dia menekup mulutnya menahan tangis . 'Kenapa dia buat aku macam ni?'



'Hey , perempuan tak guna . Baik pergi mati ajelah'
'Perempuan keji , baik aje rukar sekolah menyemak aje'
'Perempuan miskin , memang tak layak untuk bersekolah disini'

"Nara , padam apa yang kamu conteng pada meja kamu ni" tegur guru kelasnya . Nara terkedu sebaik sahaja melihat mejanya yang penuh dengan makian. Air matanya , menitis . Dia memandang sayu ke arah Gongchan . Lelaki itu , memalingkan wajahnya .

'Baiklah , semua orang nakkan aku pergi . Aku takkan balik lagi ke sini . Aku akan ingat sampai bila-bila apa yang korang dah buat pada aku . '

Nara bangun . Dia menggalas begnya . "Nara kamu nak ke mana . Waktu kelas belum bermula lagi ." tanya Cikgu Lim . "Saya nak balik" . "Nara duduk ke tempat kamu semula. Kamu tak boleh keluar waktu saya mengajar" Marah cikgunya . Nara menoleh ke arah rakan sekelasnya . "Saya dah berhenti"




"Nara .... awak bersabar ya . Teruknya Gongchan tu . Kenapa dia sanggup buat macam tu" kata Kot-nim . "Aishhh , harap muka aje handsome . Tapi perangai tak senonoh . Sanggup dia cemarkan cinta suci awak ." marah Hara .

"Awak rasa dia masih ingat pada awak?" tanya Kot-nim . "Entahlah , mungkin dia dah lupakan saya . Sayakan memang tak penting pada dia . Macam tak wujud aje."
"Sora? siapa perempuan tu? Anak orang kaya ya . Cantik tak orangnya ?" tanya Hara . "Awak ni banyak tanyalah , dia tu memang cantik pun orangnya . Kaya pulak tu , memang sesuai untuk dia :("

"Eh ~ sudahlah , jangan cerita perkara sedih-sedih lagi . Baik kita fikir perkara yang indah-indah . Baru best" sampuk Hara . "Haha yelah , tak baik sedih-sedih sangat . Apa kata kita cerita pasal masa hadapan kita?" kata Kot-nim . "Ah ~ bosanlah . Pasal lelaki mu..." mulut Hara pantas ditekup oleh Nara . "No more things about man ." . "Araso !!" jawab Hara. Mereka ketawa .

Nara mula baring di atas katilnya lalu diikuti rakan-rakannya . "Tak ada apa yang indah , berbanding persahabatan , kan" kata Kot-nim . "Erm..." jawab kedua lagi rakannya.

"Oh ye lupa pulak saya . Ni untuk awak . Ambillah" Kot-nim menghulur sebuah diari kepada Nara . "Untuk apa awak beri diari ni . Kan awak tahu saya tak suka menulis diari . Macam leceh je" dahinya mula mengerut . "Nara ssi , baguslah tulis diari ni . Tak semua benda yang kita nak kongsikan pada orang lain . Diari ni sebagai tempat awak luahkan segala isi hati awak . Awak akan rasa tenang lepas tu" terang Hara .

"Kamsahamidah (Terima kasih) :D ... " ujar Nara .





"Omma , kenapa lambat kejutkan saya tadi . Tengok , saya dah terlambat datang ke sekoah .Hujan pulak tu ." rungut Nara . "Mianhnae , omma ingatkan kamu dah pergi ke sekolah tadi . Omma terlelap selepas sediakan sarapan untuk kamu ." balas Jeahun .

"Eonnie , rileks lah . Bukannya sekolah kita tu ada kaki pun." kata Ah yeon . 'Ishh , budak ni aku tahulah -,- ' . Sebaik sahaja sampai ke sekolah Nara pantas berlari meluru ke kelasnya . "Omo , seon-saeng-nim  jwesonghamidah . Saya terlambat sebab saya terbangun lewat :D " kata Nara dengan muka kesiannya .

"Erm , duduklah ." ujar cikgu Lim . "Nara ssi , kenapa lambat? Gongchan tak datang hari ni . Mungkin , dia tak sihat kot . Semalam , kan hujan lebat ." ujar Kot-nim . "Eh ~ dia , kan ibarat putera dalam sekolah ni . Datang dan balik berjemput . Kalau hujan ada aje orang bawa payung untuk dia ." bisik Nara 

"Kot-nim ssi ,  Nara ssi . Jawab soalan nombor 2 dan 3 . Rancak sangat bersembang tu" tegur Cikgu Lim sambil membetulkan kaca matanya. "Nae ... " jawab mereka berdua . 



Keesokkan harinya ,

Waktu pertama bermula . Kelas Pendidikan Jasmani telah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B . Nara dan Kot-nim berada di kumpulan A manakala Hara di kumpulan B . Cikgu Jia selaku guru yang mengendalikan kumpulan A mengarah anak-anak muridnya untuk berlari mengelilingi padang selama 3 pusingan . 

Selepas kepenatan mereka melepaskan lelah di bawah pohon tua . "Aiyoyo... rasa macam nak tercabut jantung saya . Macam nak putus nyawa ni" kata Kot-nim sambil tercungap-cungap . "Ah ~ nampak sangat dah lama tak bersenam. Pancit ! +_+ ... " tambah Nara . 

"Kot-nim , ermm Gongchan datang ke? Eh ! kejap-kejap jangan nak salah faham pulak tau . Saya tanya aje" kata Nara . "Haahaa , mengelabah semacam aje awak ni . Entahlah , saya pun tak nampak dia . Tak silap saya dia dalam kumpulan B kan ." ujar Kot-nim . "Harap dia tak datang .Awak nak air tak? saya boleh tolong ambilkan" 






Nara berjalan dikoridor kelasnya . Dia mengintai-ngintai di tingkap . "Kosong aje . Bagus ! mamat tu tak datang . HAHA "

Dia mengambil botol air Kot-nim lalu dia ke tempatnya untuk mengambil botol airnya pula . "Eh , mana botol air aku ni . Takkan hilang kot ." Nara melihat ada seseorang menghulurkan botol airnya . Omo ! 0..0 >> x_x ... Gongchan datang ke? Wae?Wae? (Kenapa) . "A..awak cuba curi botol air saya ya !! Ha.. Baik mengaku cepat" marah Nara . Dia agak gelabah waktu itu .

"Botol buruk macam ni ada ke orang nak curi?" balas Gongchan . 'Buang karan aje aku layan mamat ni . Baik aku blah je . Takut terkantoi pulak' . "Tunggu , Nara ssi .. " kata Gongchan . Wajahnya dirapatkan ke wajah Nara ."Comelnya mata awak" kata pemuda itu sambil tersenyum . Dup-dap-dup-dap !! macam nak luruh jantungnya waktu itu .'Senyuman dia .. aku betul-betul rindukannya' ujar Nara dalam hati . "Ma..maaa. macam mana awak tahu nama saya?" tanya Nara lagi . 'Takkan dia ingat pada aku kot ! Matilah ... ' (-,- lain dicakap lain dijawab .. Apelah minah ni)

Mata Gongchan teralih ke name tag Nara . Tetapi lain pula yang di anggap gadis itu .Dia lantas memeluk tubuhnya dan mengundur setapak ke belakang "Lelaki tak guna , keji betul awak ni . Memang dasar mata keranjang ." jerit Nara . "Lembap !!" ujar Gongchan . Nara terdiam 0,0 . 

"Kenapa dia kata aku lembap plak ni?" bebel Nara . "Eh , alamak ... Arghh !! malunya , dia tahu nama aku daripada name tag akulah . Perasan terlebih ni kenapa? Malu betul.. Rasa macam nak pakai topeng je" . 






Hallooooo... Anyeong haeseyooo dan Assalamualaikum ... sayang <3 HAHA . Okeh !! baek kita straight to the point je la kan  . Tak payah nak bermadah sangatlah >_< .. Dalam ep kali ni , saya jelaskan kisah Nara dan lelaki misteri dia tu .. Mamat tu rupanya crush dia .. masa zaman kanak2 .. Hah?? kecik2 dah tau bercinta -..- , Tak caya tulah hakikatnya . Budak zaman sekarang . Zaman saya dulu semua muka innocent je . Tak pandai bercinta tau (Yoyo..0r je statement tu)

Siapa ya saya nak kenalkan pada korang kali ni , Ermmm.. Gongchan ke?? Kot-nim ke?? Erm...  haha tak ada idealah nak wat pada post ni . Korang tunggu ajelah pada post yg lain okey!! Deal...  (Pemalas punya budak -,->> mengutuk diri sendiri)





























No comments:

Post a Comment

MY BANNER