kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Saturday 24 November 2012

Love in Seoul ep 2


 Waktu pertama , di dalam kelas

"Haha , lawak betullah rancangan tv semalam . Saya ketawa sampai terbatuk-batuk tau!" kata Hara . "Hehe , saya pun" tambah Kot-nim . Mereka berdua saling berpandangan . "Nara-ssi , awak tak tengok ke rancangan malam tadi?" tanya Kot-nim . "Hah? rancangan apa . Hehe semalam saya tidur awal" kata Nara .

"Apa awak tidur awal ? maknanya awak memang tak tengoklah rancangan tu . Ruginya awak , oppa Song jong ki ada tau dalam rancangan tu" kata Hara . Rancangan yang ada lelaki handsome dan bergaya memang tak akan dilepaskan oleh Hara . Beria dia marah Nara kerana lepaskan peluang tu .

"Tak apa , mesti ada ulangan siaran nanti , kan" kata Kot-nim . Tiba-tiba keadaan kelas menjadi senyap . Masing-masing kembali ke tempat mereka apabila melihat kelibat Cikgu Yewon (kakak Neun) di luar . 

"Anyeonghaeseyo !! hari ni cikgu nak memperkenalkan kamu rakan baru . Gongchan ssi , silakan masuk" kata Cikgu Yewon . Gongchan masuk ke kelas dengan sorot mata yang redup dan wajah yang menawan . Dia tersenyum . "Omo!! lelaki musim luruh saya..." kata Hara . Hampir pengsan minah tu x_x . Semua budak perempuan kelas 4a1 sudah tertawan dengan senyuman Gongchan .

"Errr , memang tak masuk akal . Semua budak perempuan macam dah kena santau aje ni" kata Dongwoon tak percaya . "Wah ~ bergayanya dia . Kan bagus kalau saya , tinggi macam dia . Kena minum susu lepas ni" kata Yeseob . 

"Anyeong !! saya Gongchan . Sila beri tunjuk ajar ." katanya seraya tunduk hormat . Sementara yang lain teruja dengan kedatangan Gongchan , Nara hanya membatu . Wajahnya merah . Dia menekup mulutnya. 'Gongchan !! omo takkanlah...Eotteoke?" risau Nara dalam hati .




Gongchan mencari-cari tempat duduk yang sesuai . Nara cuba berselindung di balik Kot-nim apabila Gongchan lalu di hadapan meja mereka , "Kenapa dengan awak ni Nara ?" tanya Kot-nim apabila dia rasa kurang selesa dengan kelakuan rakannya . "Hehe , andwae . Cahaya tingkap tu buat mata saya silaulah" bohong Nara . 'Mianh , Kot-nim ssi . Terpaksa tipu awak :(' .



Di pondok sekolah ,

"Betul ke ni.. Tipulah !! saya betul-betul nak gila ni ." Makin difikirkan makin serabut fikirnya . "Wargh!! makin saya fikir makin berbelit sel-sel cerdik dalam otak saya ni . Omo !! saya nak pindah sekolah . Tak nak sekolah dengan lelaki keji tu." jerit Nara . 

Kot-nim dan Hara yang sedang berjalan-jalan di koridor sekolah terperanjat dengan jeritan Nara . "Kawan awak datang bulan ke Kot-nim , Mentall semacam aje dia hari ni" kata Hara . "Eh , jomlah tengok dia . Ada masalah lah tu" 

"Nah !! esok ganti tau" kata Hara . "Yang awak bagi saya benda ini kenapa? saya bukan datang bulan pun" bebel Nara . (korang faham2 ajelah benda apa tu kan hehe (=_=*)... ) 

"Oh ye ke . Hehe sorry" kata Hara sambil tersenyum kambing . "Kenapa ni Nara?" tanya Kot-nim . "Saya nak pindah sekolah... Kenapalah jodoh kami panjang . Dia memang lelaki tak guna . Saya benci dia . Benci !!" . Hara dan Kot-nim terpinga-pinga . 

Pangg !! Hara menampar Nara . Gadis itu , terdiam . "Tengok Kot-nim , dah diam pun minah ni . Itu aje ubat dia " kata Hara sambil mengelap tangannya . Sadis betul perangai minah tu !! . 

Nara memandang Hara dengan perasaan tak puas hatinya . "Yah ~ jugulle? (Awak nak mati ke?) " marahnya . "Eh, awak ni janganlah berkasar sangat ." tegur Kot-nim .





Walaupun dipaksa berulang kali oleh rakannya , Nara masih tidak mahu menceritakan hal yang sebenar . Pada dia kenangan lamanya biarlah hilang dari mindanya . Kenangan itu hanya menyakitkan apabila dikenang .


Hara dan Lelaki Musim Luruhnya . (Email)

Gadis musim luruh (Hara): Hai lelaki musim luruh . Awak nak tahu tak nenek saya kata lelaki yang paling romantik dan menawan ialah lelaki musim luruh . Jadi saya rasa mesti awak romantik , kan"

Lelaki musim luruh: Ye ke .. Hehehe jadi saya ni romantiklah . :D memang pun . 

Datang Nara dari belakang Hara lalu menegur gadis itu yang sedang khusyuk dengan lelaki musim luruhnya . "BO?? Awak masih main lagi benda-benda ni" terkejut Nara . "Jangan risau , kali ni mesti berjaya . Wah ~ tak boleh bayangkan saya dengan lelaki musim luruh saya berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati permandangan indah . Dia mesti kaya kan $_$ " 

"Eee , tipu ajelah benda ni" kata Nara lagi . "Hey , jealouslah tu ." jeling Hara . "Cik Hara , awak dah lupa ke apa yang jadi tahun lepas . Jejaka musim bunga awak tu , handsomelah konon . Tengok-tengok bapa orang !! ada anak 3 pulak tu . Bhahaha . Hah! Putera bulan awak tu , rupa-rupanya Daewoong ketua samseng sekolah ni . Hahaha saya ingat lagi awak lari lintang pukang bila dia kejar awak ." kata Nara . Tawanya memang tak boleh berhenti .

"Hahaha .. Gelaklah lagi . Tengoklah nanti , saya percaya kali ni mesti dia adalah lelaki idaman saya ." Nara menggeleng kepalanya . 'Memang tak pernah serik minah ni .'







" Hurm , teruk betullah dorang ni . Dah janji nak tengok wayang sama-sama tapi batal saat-saat akhir pulak tu . Membazir aje beli tiket ni . Terpaksa la aku pergi sesorang . Dahlah oppa Song jong ki aku ada dalam filem tu . Sampai hati :(" omel Hara seorang diri .

Dia masih menunggu di ruang menunggu . Lagi 10 minit panggung akan dibuka . Sementara dia menunggu , dia terlihat orang yang paling dibencinya di dalam kelas . "Omo ! apa mamat sengal tu buat dekat sini . Memang malang betul nasib aku hari ini ."

Panggung dibuka , semua penonton berpusu-pusu masuk . Hara mencari-cari tempat duduknya . "Gelapnya , mana pulak kerusi aku ni . Hah , jumpa pun !" ujar Hara lantas dia duduk di tempatnya .

"Ehem-ehem , saya rasa cik ni dah salah tempat duduk ni ." ujar Dongwoon . Hara menoleh . Wargghh!! terkejut besar dia melihat Dongwoon disitu o.O . 'takkan sama panggung jugak kot .'

"Eh , cik perasan dekat sini .HAHAHA ." ejek Dongwoon . "Heii , dungu awak jangan cari pasal dengan saya . Mood saya tak baik ni" kata Hara sambil menunjukkan penumbuknya .

 "Ah ~patutlah dia nampak mentall sikit hari ni . Hara ssi , awak ni pandai cari tempat duduk ke tak . Ini tempat saya lah ." kata Dongwoon sambil mengangkat keningnya

"Hah ! tak percaya betullah dengan dia ni . Awak betul-betul buat saya sakit jiwa laa . Betullah ni , nombor 19 .Tengok ni !" kata Hara lalu menunjukkan tiketnya .Dongwoon mengambil tiket Hara . Ditenungnya lama . Lalu sebuah tawa besar dihamburkan . "HAHAHA .... Awak buat kelakar ke?" gelaknya . =,,= Hara memang dah naik angin dengan kelakuan Dongwoon itu .

"Hey apa yang kelakarnya . Awak nak main-mainkan saya ke" . marah Hara . "Tengok ni , bukan 19 lah dungu tapi 61 . HAHA" tunjuk Dongwoon . Malu besar Hara tika itu . Omo ! baru dia perasan , yang orang-orang disekeliling panggung tengah saksikan pergaduhan mereka .

"HEHE , saya tahulah . Saya saja aje nak test awak .Tahniah !! awak lulus dengan berjaya . Bak balik tiket saya ." ujar Hara selamba . Memang tebal mukanya . Lebih tebal daripada tembok sekolah . 

"Aiseyman , buang karan aje aku bermati-matian pertahankan kerusi tu . Omo , malu betul . Rasa macam nak bersembunyi dalam gua aje . '" Hampir merah jugallah muka Hara menahan malu .

Ti cha..cha..cha.. Ti cha...cha..cha (bunyi mesej Hara) 

From Dongwoon ,

Merahnya muka awak !! pakai blusher ker??? HAHA :D


Bersambung......





Pesanan dari si penulis !!

Anyeong !! *tunduk hormat . Assalamualaikum... ;D . ~_~ !!!! >>> 
Episod kali ni lebih kepada Hara walaupun saya ada selitkan sikit kisah Nara , kan . Kisah Nara akan saya dedahkan di episod akan datang . Eh , tak sabar.. tunggulah biar saya cari idea dulu !!! *sangat berterus terang .

Hara , agak2 orangnya macam mana ya .. ^_~ !! . Melalui pembacaan korang pun korang dah tahu kan... Saya ada terfikir , kalau seseorang yang gilerkan duit dan kekayan dipanggil mata duitan tapi kalau seseorang yang gilerkan lelaki dipanggil apa ya. Mata kelakian ? atau Mata si nakal ? HAHA . Jauh merepek tu . Macam pelik je -,- . Hara memang mata duitan jugak orangnya .. ~..~

Hara , seseorang yg suka bersosial dan berkawan . Tapi cuma satu aje kelemahan dia . Mudah perasaan , sebab tu dipanggil cik perasan oleh Dongwoon . Agak2 siapa yerk gambaran saya tentang wajah Hara !!




Hara >>> SUNNY SNSD !! sesuai x?? sesuai , kan .. 

Eh . kejap2 saya tak habis lagi .. Wae !! dah 2 episod saya asyik sebut pasal Song jong ki oppa je kan ... Handsome sangat ke dia >>> Malas nak cakap banyak. Korang tengok sendirilah ya... <3_<3












No comments:

Post a Comment

MY BANNER