kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Friday 6 April 2012

Apa yang kurasa

Hidup ini bukan semudah yg kita sangka . Saat indah yang kita akan kecapi memerlukan pengorbanan yg harus kita lakukan . Waktu itu , perih , duka , dan sakit hanya kita yang rasai . Kita hanya perlukan kesabaran untuk tetap teguh berdiri di situ . Walaupun ribut dan badai datang menerpa. Air mata yang menitis , tiada siapa yang boleh menyekanya . Tubuh kita akan terus dilukai oleh duri2x kehidupan yang setia menanti . Mimpi-mimpi ngeri akan sentiasa menemani malam-malam kta. Itu , yang harus kta jalani saban hari .

Persoalan ini sentiasa bermain dikotak fikiranku "Adakah aku kuat untuk tetap berdiri kerana aku hanyalah seorang gadis yng bru mengenali erti kehidupan . Aku masih mentah untuk mengenali dunia . Aku takut jalan yang kurasa betul adalah jalan yang boleh membawaku ke kancah kegelapan . Aku takut untuk membuat keputusan .


Kadangkala , aku merasakan diriku bukanlah aku . Aku seperti orang asing . Aku tidak mahu melakukan semua itu , tapi aku tetap lakukannya tanpa ku sedari . Aku tahu sejak kecil lagi aku akan lakukan perkara yang tak sewajarnya kulakukan dan itu telah mengecewakan diriku sendiri . Aku selalu salah dalam membuat keputusan . Kenapa ??? dan aku tak tahu jawapanya..

No comments:

Post a Comment

MY BANNER