kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Monday 26 March 2012

Maafkan aku

Aku Zara , seorang wanita yang berusia 30 tahun . Aku datang dari keluarga yang miskin . Dahulu sewaktu menuntut di sekolah , aku sering diejek , dicerca dan dihina oleh teman-temanku . " Zara budak miskin !! , Zara budak miskin !!" itulah ejekkan yang sering terngiang-ngiang di telingaku . Aku pernah menyesal serta berputus asa kerana dilahirkan didalam keluarga yang serba kekurangan . Ayah , terpaksa menjadi jaga di waktu malam , dan menjadi nelayan di waktu pagi . Aku kasihankan ayah , ayah tetap bekerja di waktu malam walaupun penyakit asmanya kian teruk . Ibu pula , mengambil upah menjahit baju . Kadang-kala aku juga membantu ibu , walaupun aku tidak pandai menjahit tapi aku ingin meringankan beban ibu .


Pada suatu hari aku meminta ibu duit bayaran yuran sekolah .
" Maaf , mak tak ada duit lagi la Zara " jawab mak
"Tapi semalam mak dah janji nak bayar yuran Zara" jawabku
" Semalam , mak beli ubat ayah nak" jawab ibu .
" Mak dah janji dengan Zara . Zara malu dengan kawan-kawan . Dah lah miskin duit yuran pun tak mampu bayar . Mak nak malukan Zara ke? " bentak ku
" Mak , bukan nak malukan Zara sayang"ujar mak lalu air mata mak mengalir di pipi ..

Aku langsung tidak rasa bersalah walaupun  sedikit . Aku tahu air mata ibu amat berharga . Aku memang tak patut membuat dia menangisi kerana ku . Malam itu juga , ayah sakit tenat . Asma yang di hidapinya semakin kronik . Aku tidak akan melupakan saat apabila kali terakhir ayah berbicara denganku


" Zara .... ayah sayangkan kamu . Tolong jagakan mak kamu ya . Jadi anak yang baik . Maafkan ibu mu sekiranya dia mengunakan duit yuranmu untuk membiayai ubat ayah . Ibumu sayangkan mu nak . Berlajarlah setinggi yang mungkin agar kau bisa mengapai bintang idamanmu . Ingat syurgamu di bawah telapak kaki ibu"

Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapanku . Maafkan Zara ayah !!! . Aku menyesal kerana pernah mengeluh hidup di dalam keluarga yang daif . Kini aku sedar , hanya aku sahaja harapan ayah dan ibu. Ibu memberikan aku sebuah kotak peniggalan arwah ayah . Aku buka kotak itu , di dalamnya berisi sebuah buku akaun . Aku melihat jumlahnya . Alangkah terkejut aku pabila nilainya ialah Rm 10 ,000 .

Rupanya ayah menyimpan duit ini untuk aku menyambung pembelajaran di peringkat universiti . Air mataku gugur jua saat itu .

Sekarang semua kesusahan dan kepayahanku , aku kongsikan bersama anak yang tercinta . Aku bilang kepadanya , kau mempunyai seorang atuk yang tabah serta nenek yang penyanyang . Aku katakan pada mereka jangan kau pernah menyoal takdir hidupmu dan jangan kau pernah meninggikan suaramu kepada ibumu kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu....

Sekiranya Zara dapat mengundur kembali masa lalu , Zara ingin mengatakan bahawa Zara sayang ayah dan ibu .

No comments:

Post a Comment

MY BANNER