kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Monday 26 March 2012

Cintaku cinta monyet.

Aku Khai , aku seorang remaja yang berumur 16 tahun . Umurku yang setahun jagung ini masih tidak faham erti cinta . Aku sering terlihat , rakan-rakan sekelasku couple . Di hati ada juga rasa ingin mencuba . Tetapi aku masih mentah untuk itu . Aku masih tidak boleh membuat keputusan untuk diriku sendiri . Aku takut kerana rasa ingin tahu itu akan membinasakan diriku. Aku cuba menolak rasa itu .

Kehadiran seorang gadis dalam hidupku , menjadikan aku gagal untuk melawan rasa itu . Suatu hari rakanku Zaim bertanya " Kenapa kau tak nak kapel ? dalam banyak-banyak budak lelaki dalam kelas ni kau la yang paling uniq" . Aku bertanyaa pada diriku kenapa dan mengapa aku takut untuk menjalinkan percintaan . Uniqkah jika aku memilih untuk menyendiri dan tidak berteman .

Aku mengetahui gadis yang ku sukai sebenarnya juga menyukaiku . Apa yang harus aku lakukan , hati meronta-ronta ingin mengenalinya lebih dalam tapi otak selalu mengata tidak . Orang kata ikut hati mati , ikut rasa binasa . Tapi jiwa remaja selalu ingin mencuba benda yang baru dan aku membuat keputusan untuk mengenalinya ..

Kami berkawan rapat , saat itu seperti aku dan dia sahaja yang hidup di bumi ini . Hanya ada kami dan cinta yang selalu kami nyalakan bersama . Baru 2 bulan perkenalan kami bersama dan kesannya ialah pelajaran di sekolah ku merosot " Kenapa ni Khai , pelajaran Khai di sekolah merosot . Apa yang tak kena ni . " tanya mama kepadaku . Bila aku tatap sepasang mata mama , aku tahu dia kecewa .  Mungkin aku tak patut tipu mama . Bukan sebab pembelajaran di sekolah atau tuisyen yang tidak bagus tetapi aku , aku yang tak pandai menilai yang mana permata dan yang mana kaca . Aku keliru antara cinta dan cita .


" Awak , sayang saya " tanya Nia .
" Mestilah saya sayang ."jawabku.
" Awak janji tak akan lupakan saya sampai bila-bila" ujar Nia
" Saya promise , hanya awak aje yang ada dalam hati saya " janjiku padanya ..

Suatu hari mama dan papa tahu mengenai hubunganku bersama Nia . Begitu jua dengan ibu bapanya . Semenjak dari hari itu aku tidak lagi bertemunya . Dia ditukarkan kesekolah lain . Hari-hariku sunyi tanpanya , kelam tak bermaya . Tanpa sebarang khabar berita dia pergi dan tidak kembali . Tetapi suatu hari aku menerima email dari si dia .

" Dear Khai , Seriously i miss you much . Tetapi kita tidak boleh meneruskan segalanya . Mengenali dirimu adalah seperti sebuah mimpi indah yang selama ini ku nanti . Aku selalu merinduimu , merindui senyummu dan segalanya tentang dirimu . Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidupku.Aku harap suatu hari nanti , kita akan bertemu kembali. Kejarlah cita-citamu Khai . Lupakan diriku"

Kini ku sedar cinta monyet memang tiada salahnya tetapi , kesan yang akan dirasai itu akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati kita . Usia muda tidak seharusnya dibazirkan dengan percintaan . Bila kita sudah tersilap langkah baru kita sedar cita itu lebih penting di waktu persekolahan . Tiada salah untuk bercinta tapi biarlah betul pada masanya .

Manusia yang bijak akan belajar dari kesilapannya . Learn from mistake its the best words to discribes this story . Aku harap Nia akan mencapai impiannya dan begitu juga aku . InsyaAllah jika dia jodohku pasti kami akan bertemu . Amin..


No comments:

Post a Comment

MY BANNER