kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Saturday 12 May 2012

Tuhan jagakan dia ...

Ibu ,
Terima kasih kerana telah melahirkan ku ,
setiap titis darah yang mengalir dari tubuhmu demi melahirkanku takkan mampu menandingi sejuta permata dilautan ...
Dari kecil ibu membelaiku tanpa ada sekelumit pun keluhan ...
Hanya senyuman yang ibu ukir buatku setiap hari .

Ibu ,
Aku tahu setiap telatah dan kerenahku telah membuatkan hatimu gusar .
Namun tiada sekelumit pun rasa benci yang kau pahatkan dihati ...

Setiap titis mutiara jernih yang menodai pipimu kerana aku
akan tetap aku hargai sampai hujung dunia ....
kerana air mata itu , air mata yang penuh dengan keikhlasan ....

Ya Allah tolong jagakan ibu buatku ...
terima kasih kerana Kau telah mengirimkan insan yang hebat sepertinya
untuk menjadi ibuku .......


Ikhlas buat ibu .... Zuraidah Bt Muhammad Nusi ....
dan seluruh ibu2 di dunia ...
Terciptanyamu telah memberi semangat buat kami <3<3

No comments:

Post a Comment

MY BANNER