kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Saturday 28 May 2011

~ MAMA~

                                                                        
Hari ini, tanggal 16 mei genaplah 63 tahun hari lahir Arwah mama.Terimbas kembali kenangan dahulu sewaktu mama masih ada di sisi.Mama seorang wanita yang cekal.Mama berusaha menjadi wanita dan isteri yang solehah seperti Siti Khadijah S.A isteri Nabi Muhammad S.A.W.Mama dan papa melayarkan bahtera bersama.Semasa aku didalam kandungan mama,pelbagai dugaan yang menanti didalam kehidupan kami.Takdir papa sudah tercoret untuk papa pergi dahulu.Mama memang kecewa.Tetapi mama percaya yang jodoh,pertemuan dan ajal semua di tangan-Nya.Mama redho....


Mama membesarkanku dengan kudrat yang dimilikinya.Sehingga aku tunbuh menjadi insan yang solehah.Cinta mama hanya buat papa.Mama sudah menutup hatinya dan tiada siapa yang bisa membukanya kembali kecuali ALLAH yang Maha Esa.Hanya kepada-Nya mama menyerahkan segalanya.Selepas beberapa tahun mama pula pergi di jemput illahi.Aku merelakannya kerna ku memegang kata2 mama yang takdir itu tidak boleh diingkari.Sehingga sekarang aku masih terbayang wajah dan jasa yang telah mama taburkan buat ku.Sampai bila-bila aku tetap akan menyayangimu kerna ku tahu SYURGA itu di bawah telapak kaki ibu...
 SELAMAT HARI IBU

No comments:

Post a Comment

MY BANNER