kam sap nee dah..cause sudi lawat blog nie kalu suka cakap suka k....sayang korang

Saturday 18 February 2012

Surat buat sahabat

Assalamualaikum teman ,
surat ini ku tulis hanya buatmu . Sudah sekian lama untukku mahu menyatakan bahawa aku sangat sayangkan mu . Terima kasih kerana kau sudi menjadi sayap yang sentiasa melindungiku tika hujan , panas , mahupun badai yg melanda . Kau tetap di situ tanpa rasa jemu . Kau sanggup melindungiku daripada terluka sehinggakan kau turut terluka.Kau selalu menjadi insan yg menghapus air mataku jika setiap kali ku di marahi ibu. Kau juga menghulurkan tanganmu buatku . Kau pernah bilang pdku "Awak jangan risau , tangan saya selalu ada untuk awak agar saya dapat menghapus air mata awak . dapat peluk awak bila awak sedih , dapat gengam tangan awak sampai bila-bila" Aku tahu dibalik wajahmu yang ceria terselindung duka . Aku kesal kerana aku terlampau bergantung padamu sehinggakan kau tiada perluang untuk bergantung padaku . Aku lihat kau menagis . Tapi kau tak pernah bilang padaku apa sebabnya . Pada suatu hari , aku di kejutkan dengan berita yg kau di masukkan ke hospital .... Aku takut untuk kehilangan mu . Kau lesu dan hanya terbaring di situ . Pada tika ini aku berjanji bahawa aku pula yg akan jadi pelindungmu. Aku bertanya mengapa kau bersedih . lalu kau menjawab " Maafkan saya , saya sembunyikan sakit saya selama ini . Saya rahsiakan sebab saya tidak mahu awak menangis . Saya takut bila saya dah tiada , takda lg insan yg sudi menghulurkan tangannya buat awak. Untuk menghapuskan air mata awak"

Nilai persahabatan adalah nilai yg suci jangan cemarkannya dengan rasa benci...Hargai sesiapa saja yg datang dlm hidup anda . Di saat dia pergi baru anda akan tersedar betapa pentingnya dia buat anda... Selamat Hari Sahabat!!!

No comments:

Post a Comment

MY BANNER